• Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahDatuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
 1 / 1 
BANGI - Kerajaan mahu rakyat turut serta memberi pandangan dalam penyediaan Bajet 2015 yang akan dibentang Oktober ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyumbang idea mereka untuk Bajet 2015 boleh berbuat demikian selewat-lewatnya akhir Julai ini.

Katanya, kerajaan melalui Majlis Konsultasi Bajet 2015 sentiasa amalkan sikap terbuka dalam menerima segala pandangan dan cadangan sebagai input penyediaan Bajet 2015.