Monday, May 12, 2014

Jam tawaf makin popular

"Kenapa jam awak pukul 9 pagi lagi? Sekarang ini sudah pukul 3 petang. Jam rosak ya?" Ini merupakan persoalan biasa yang ditanya apabila melihat pusingan jam seolah-olah terbalik. Sebenarnya, tidak seperti jam biasa yang pergerakan jarumnya ke kanan, pergerakan jarum jam tawaf adalah ke kiri. Bumi, bulan, bintang dan matahari beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam. Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit. Menurut Pengarah Urusan One Mega Venture, Aidil Junaidi Abdullah, jam tawaf dapat me­nyerap tenaga haba dan mengubahnya kepada gelombang biofizik bagi mening­katkan aktiviti molekul dalam tubuh. "Rekaan jam keluaran syarikatnya itu bukan sekadar untuk mengukur waktu, tapi memberi aura positif kepada si pemakai. "Kajian menunjukkan jam tawaf ini membantu membersihkan darah daripada radiasi luar yang terperangkap, meningkatkan sistem imun dan hormon tubuh dan merangsang daya tumpuan. Si pemakai seelok-eloknya digalakkan memakai di pergelangan tangan kanan bagi pengguna lelaki dan perempuan di kiri," katanya.

No comments:

Post a Comment