Rakyat boleh kemukakan idea untuk Bajet 2015???
BANGI - Kerajaan mahu rakyat turut serta memberi pandangan dalam penyediaan Bajet 2015 yang akan dibentang Oktober ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyumbang idea mereka untuk Bajet 2015 boleh berbuat demikian selewat-lewatnya akhir Julai ini.
Katanya, kerajaan melalui Majlis Konsultasi Bajet 2015 sentiasa amalkan sikap terbuka dalam menerima segala pandangan dan cadangan sebagai input penyediaan Bajet 2015.
"Setiap isu dibangkitkan dan cadangan dikemukakan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan Bajet 2015," katanya selepas merasmikan Konvensyen Muamalah Kewangan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.
Sehingga kini, kementerian telah 54 memorandum berhubung Bajet 2015 dan antara idea yang diberi adalah isu kos sara hidup, perniagaan, pendidikan dan pertumbuhan ekonomi.
"Pandangan dan input daripada setiap masyarakat termasuk pertubuhan-pertubuhan industri dan badan-badan bukan kerajaan akan dapat memberi gambaran lebih menyeluruh bagi mengatasi cabaran dan isu-isu semasa.
"Apa yang dirasakan terbaik untuk kepentingan rakyat, apa yang diperlukan oleh mereka, maka maklumkan kepada kami.
"Kerana matlamat kerajaan pada ketika ini ialah mengatasi kadar kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar," katanya.
Menurutnya, masyarakat boleh menghantar pandangan mereka melalui e-mel yang disediakan pada laman web Kementerian Kewangan sebelum Julai tahun ini.
Haa..Apa lagi kawan-kawan,bagi la idea korang yang bernas tu untuk kerajan perbaiki agar kehidupan kita lebih selesa dan terurus.Jadi,gunakan cara ini untuk kita sumbangkan idea kita tu untuk kesenangan semua..
Dunia dah semakin moden,semakin pesat perkembangan,semakin dekat juga tahun 2020,tinggal beberapa tahun jer lagi.Jadi,ini la caranya untuk kerajaan tahu masalah kita di Malaysia ni termasuk Sabah & Sarawak.Jom komen,bagitahu idea korang tu k.

No comments:
Post a Comment